Quantcast
Channel: OnlineCasinoArchives.my » Sukan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Seorang lagi pemenang pingat emas gagal ujian dadah

0
0

Sukan Asia digemparkan dengan satu lagi skandal dadah apabila Zhang Wenxiu dari China disingkirkan dan pingat emas beliau ditarik balik selepas beliau memenangi acara melontar tukul.

Seorang lagi pemenang pingat emas gagal ujian dadah

Atlet China, Zhang Wenxiu, pemenang pingat emas untuk acara melontar tukul, telah disingkir daripada pertandingan Sukan Asia dan pingat emas beliau ditarik balik.

Majlis Olimpik Asia (OCA) mengumumkan bahawa Zhang, seorang pemenang pingat Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008, telah disahkan positif untuk Zeranol, suatu ajen anabolik yang diharamkan.

Beliau merupakan atlet yang keenam, dan pemenangn pingat emas yang kedua, yang gagal ujian dadah di Incheon, lantas mencemarkan acara sukan yang terbesar di Asia, yang tamat di Incheon pada hari Sabtu.

Pengumuman ini dibuat sehari selepas juara wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen gagal dalam rayuan beliau untuk membatalkan keputusan ujian dadah selepas diuji positif untuk dadah perangsang yang diharamkan.

Pemain soft tennis Kemboja, Yi Sophany, pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov, atlet angkat berat Iraq, Mohammed Jasim Abboo Al Aifuri dan atlet karate Syria, Nour Aldin Al-Kurdi juga diuji positif.

Berita ujian positif yang terkini mencemarkan pertandingan hari kedua terakhir di mana China memenangi tujuh lagi pingat emas untuk membawa jumlah mereka ke 149, dengan hanya tujuh lagi untuk dipertandingkan pada hari Sabtu sebelum Upacara Penutup.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Trending Articles